I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, June 7, 2012

pudar kabur sudah

Hurmm..pagi yang membosankan. aku terbaring di atas tilam rumah sewa.
Termenung memandang siling yang kosong..memikir sesuatu yang tak tentu.
Perlahan-lahan aku memejam mata..lalu menampakan bayangan seseorang.
Wajahnya lembut..matanya redup..pandangannya kosong..lalu wajah itu pudar.
Hurmm..hilang serta-merta tanpa kata. Terdiam seketika memikirkan dia.
Bila mengingatkan kisah lalu aku dan dia..terasa kehangatan membasahi pipi ini.
Kesakitan lalu tak pernah kabur walau apa cara sekali pun aku lakukan.
Dia sudah berubah menjadi hipokrit..yang dicipta dalam diri dia.
Semakin hari..semakin banyak menipu. Menyakiti hati ini tanpa rasa kasihan.
Perit aku menyimpan..kerna aku hanya ada dia untuk berkongsi rasa.
Tapi semua itu hanya angan-angan kosong yang aku ciptakan sendiri.
Pelangi yang aku inginkan..rupa-rupanya menjadi awan mendung yang gelap.
Hidupku kosong..dia pergi tinggalkan aku tanpa rasa sayang dan kasih padaku.
Menangis hatiku menahan sebak dikalbu. Rinduku padanya semakin pudar begitu.
Dan sekarang aku bangkit dan teruskan kehidupanku tanpa dia.
Perasaan yang kusimpan hanya untuk dia telah ku buang jauh dari sudut ini.
Dan jangan pernah dia mencari aku lagi untuk memulakan kisah baru lagi.
Terima kasih kerana pernah memberi sedikit kebahagian dan memberi sejuta kesakitan.


No comments:

Post a Comment


I made this widget at MyFlashFetish.com.